Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024

Seksyen 5

Penggantian peraturan 8

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 8 dengan peraturan yang berikut:

“Amalan dan nama amalan 8.

(1)

Seseorang juruukur tanah berlesen yang berhasrat untuk menjalankan amalan hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada

Lembaga atas nama amalannya sebagai suatu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan berserta pembayaran fi pendaftaran yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.

P.U. (A) 309 5

(2)

Lembaga hendaklah mendaftarkan amalan juruukur tanah berlesen sebagai suatu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan, tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan patut, sekiranya—

(a)

dalam hal suatu ketuanpunyaan tunggal, tuan punya tunggal adalah seorang juruukur tanah berlesen;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, semua rakan kongsi adalah juruukur tanah berlesen; atau

(c)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

ahli lembaga pengarah adalah juruukur tanah berlesen;

(ii)

ia mempunyai pemegang saham sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(iii)

ia mempunyai jumlah modal berbayar minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan

(iv)

hal ehwal pentadbiran pertubuhan perbadanan hendaklah di bawah kawalan dan pengurusan seseorang yang merupakan seorang juruukur tanah berlesen dan diberi kuasa di bawah resolusi lembaga pengarah pertubuhan perbadanan untuk membuat semua keputusan bagi pihak pertubuhan perbadanan berkenaan dengan keperluan di bawah peraturan ini.

P.U. (A) 309 6

(3)

Setelah permohonan di bawah subperaturan (1) diluluskan,

Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran nama amalan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelima dan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Lembaga boleh membatalkan perakuan pendaftaran nama amalan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (3) jika juruukur tanah berlesen yang kepadanya perakuan pendaftaran nama amalan telah dikeluarkan tidak mematuhi mana-mana syarat semasa perakuan pendaftaran nama amalan itu dikeluarkan.

(5)

Seseorang juruukur tanah berlesen yang berhasrat untuk mengubah nama amalannya, hendaklah membuat permohonan secara bertulis untuk kelulusan Lembaga.

(6)

Setelah Lembaga meluluskan cadangan perubahan nama amalan, fi sebagaimana yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua hendaklah dibayar dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemakluman oleh Lembaga.

(7)

Seseorang juruukur tanah berlesen boleh memiliki ekuiti dalam satu atau lebih nama amalan.

(8)

Walau apa pun yang diperuntukkan dalam subperaturan (7), seseorang juruukur tanah berlesen hendaklah menjalankan amalannya di bawah satu nama amalan sahaja.

(9)

Seseorang juruukur tanah berlesen hendaklah, dalam tempoh satu bulan daripada tarikh apa-apa perubahan ketuanpunyaan tunggalnya, atau komposisi rakan kongsi, ahli lembaga pengarah atau pemegang saham, mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan secara bertulis dengan memberikan butir-butir penuh perubahan itu dan mendapatkan kelulusan

Lembaga mengenai komposisi terkini atau jenis amalan juruukur tanah berlesen.”.

P.U. (A) 309 7

Pindaan peraturan 9

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024