Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (ASRAMA AKHLAK) 2017

Seksyen 10

(a)

pendidikan rendah atau menengah;

(b)

latihan teknikal atau vokasional;

(c)

latihan kemahiran hidup; atau

(d)

program pembangunan moral dan rohani.

(2)

Bagi maksud menyediakan pendidikan rendah atau menengah kepada kanak-kanak dalam percubaan di bawah perenggan (1)(a), Pengetua hendaklah menyediakan yang berikut:

(a)

kelas khas atau tuisyen;

(b)

kemudahan pusat sumber;

(c)

pengangkutan; dan

(d)

apa-apa perkiraan lain yang perlu.

(3)

Bagi maksud menyediakan latihan teknikal atau vokasional, atau latihan kemahiran hidup di bawah perenggan (1)(b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, Pengetua hendaklah—

(a)

mengambil kira keupayaan dan kebolehan kanak-kanak dalam percubaan; dan

(b)

berunding dengan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak dalam percubaan.

P.U. (A) 289 13

(4)

Bagi maksud menyediakan program pembangunan moral dan rohani di bawah perenggan (1)(d), Pengetua hendaklah memastikan supaya kanak-kanak dalam percubaan—

(a)

menyertai apa-apa aktiviti atau program mengikut kepercayaan agama kanak-kanak dalam percubaan itu;

(b)

menyertai apa-apa program sukan atau rekreasi;

(c)

menjalani apa-apa sesi kaunseling; dan

(d)

menyertai apa-apa aktiviti atau program lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengetua.

(5)

Mana-mana orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan, latihan atau program yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah menyediakan laporan kemajuan bagi setiap kanak-kanak dalam percubaan yang menjalani pendidikan, latihan atau program itu dan mengemukakan laporan itu kepada Pengetua.

(6)

Pengetua hendaklah memastikan laporan kemajuan itu disimpan di dalam fail peribadi kanak-kanak dalam percubaan.

Jadual waktu aktiviti harian

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (ASRAMA AKHLAK) 2017