Seksyen 11
Jadual waktu aktiviti harian
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Asrama Akhlak) 2017
(1)
Pengetua hendaklah menyediakan suatu jadual waktu aktiviti harian asrama akhlak, termasuklah waktu bangun dan tidur, belajar, ulang kaji, latihan teknikal atau vokasional, kerja domestik, rekreasi, dan aktiviti dalam dan luar, dengan kelulusan
Ketua Pengarah.
(2)
Suatu salinan jadual waktu aktiviti harian hendaklah ditampalkan pada papan notis utama, dan di dewan makan dan pejabat, asrama akhlak itu.
(3)
Apa-apa perubahan besar yang dibuat kepada jadual waktu aktiviti harian itu hendaklah dimasukkan ke dalam buku log dan suatu pemberitahuan bertulis
P.U. (A) 289 14
mengenai perubahan itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah dengan segera.