Seksyen 12
Aktiviti harian atau program
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Asrama Akhlak) 2017
P.U. (A)In forceProvision 12 of 33
Seksyen 12
(1)
Apa-apa aktiviti harian atau program, termasuklah aktiviti luar dan program komuniti, yang dijalankan oleh asrama akhlak―
(a)
hendaklah diawasi oleh kakitangan;
(b)
hendaklah bersesuaian dengan umur dan keupayaan kanak-kanak dalam percubaan dan hendaklah memberikan peluang bagi perkembangan mereka; dan
(c)
hendaklah termasuk tempoh bagi aktiviti dalam dan luar dan tempoh bagi rehat yang tidak diganggu.
(2)
Kakitangan hendaklah merekodkan kehadiran setiap kanak-kanak dalam percubaan ke aktiviti harian atau program dan ketidakhadirannya daripada aktiviti harian atau program itu dalam suatu daftar.