Skip to content

Seksyen 22

Makanan dan diet

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Asrama Akhlak) 2017

P.U. (A)In forceProvision 22 of 33
Seksyen 22

(1)

Pengetua hendaklah menyediakan untuk tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan makanan yang mencukupi berdasarkan suatu skala diet yang disyorkan oleh pakar diet atau pegawai perubatan, dan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Skala diet hendaklah termasuk suatu menu yang sesuai dengan umur dan kesihatan setiap kanak-kanak dalam percubaan.

(3)

Pengetua hendaklah memastikan—

(a)

mana-mana kanak-kanak dalam percubaan yang telah disyorkan makanan diet khas oleh pakar diet atau pegawai perubatan dibekalkan dengan makanan yang disyorkan itu;

(b)

perkiraan yang sepatutnya dibuat bagi menyediakan, memasak dan menghidang makanan mengikut agama, kepercayaan atau adat kanak-kanak dalam percubaan itu;

(c)

kebersihan makanan semasa penyediaan dan semasa dihidangkan; dan

(d)

kanak-kanak dalam percubaan dididik untuk beradab dan berkelakuan baik sewaktu makan.

(4)

Suatu salinan skala diet dan menu hendaklah ditampalkan di dapur, dewan makan dan pejabat asrama akhlak itu.

P.U. (A) 289 19

Kemudahan bagi pematuhan agama