Seksyen 3
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Asrama Akhlak) 2017
P.U. (A)In forceProvision 3 of 33
Seksyen 3
(1)
Kewajipan Ketua Pengarah adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk melawat dan memeriksa asrama akhlak sekurang-kurangnya empat kali setahun; dan
(b)
untuk menentukan bilangan kanak-kanak dalam percubaan yang hendak dimasukkan ke suatu asrama akhlak.
(2)
Bilangan kanak-kanak dalam percubaan di suatu asrama akhlak tidak boleh melebihi bilangan kanak-kanak dalam percubaan sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah di bawah perenggan (1)(b) melainkan jika kelulusan Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.