Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Rekod
(a)
suatu daftar kemasukan dan pelepasan kanak-kanak dalam percubaan yang hendaklah mengandungi―
(i)
nama dan alamat rumah tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan;
(ii)
nama, alamat rumah dan nombor perhubungan ibu atau bapa, penjaga atau saudara tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan;
(iii)
butir-butir kesihatan tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan;
(iv)
apa-apa perintah mahkamah yang berhubungan dengan tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan;
(v)
maklumat mengenai barang peribadi tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan; dan
(vi)
apa-apa dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
P.U. (A) 289 24
(b)
suatu daftar kehadiran harian tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan;
(c)
suatu rekod mengenai semua prosiding Jawatankuasa yang hendaklah termasuk butir-butir yang terperinci mengenai prosiding itu;
(d)
suatu daftar pelanggaran disiplin oleh kanak-kanak dalam percubaan dan hukuman yang dikenakan;
(e)
suatu fail peribadi tiap-tiap kanak-kanak dalam percubaan yang hendaklah mengandungi—
(i)
rekod kesihatan kanak-kanak dalam percubaan itu;
(ii)
sejarah kes kanak-kanak dalam percubaan itu;
(iii)
gambar kanak-kanak dalam percubaan itu; dan
(iv)
rekod sesi kaunseling kanak-kanak dalam percubaan itu;
(f)
suatu rekod mengenai apa-apa wang yang diterima oleh kanak-kanak dalam percubaan;
(g)
suatu rekod mengenai semua latihan kebakaran dan pemindahan yang dilaksanakan di asrama akhlak;
(h)
suatu rekod mengenai apa-apa bencana alam yang berlaku di asrama akhlak;
(i)
suatu rekod barang yang dihasilkan di asrama akhlak dan hasil jualan bagi barang itu; dan
(j)
apa-apa rekod lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
P.U. (A) 289 25
(2)
Semua rekod yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dijadikan tersedia untuk pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau wakilnya.
Kecualian