Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Kewajipan Pengetua adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk menguruskan asrama akhlak;
(b)
untuk menggalakkan perkembangan, kebajikan dan kesihatan kanak-kanak dalam percubaan;
(c)
untuk memastikan bahawa persekitaran asrama akhlak adalah selamat, bersih dan sesuai bagi kanak-kanak dalam percubaan;
(d)
untuk mengadakan program pemulihan untuk kanak-kanak dalam percubaan termasuklah pendidikan, kemahiran hidup dan latihan vokasional, atau kaunseling;
P.U. (A) 289 7
(e)
untuk memastikan bahawa kemudahan dan kelengkapan yang disediakan kepada kanak-kanak dalam percubaan sesuai dengan keperluan kanak-kanak dalam percubaan;
(f)
untuk memberitahu dengan segera ibu atau bapa, penjaga atau saudara kanak-kanak dalam percubaan, dan Ketua Pengarah, Pengarah Negeri,
Pengarah,
Pelindung dan pegawai akhlak, mengenai apa-apa kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dalam percubaan itu, atau mengenai apa-apa kecederaan yang serius, penyakit yang serius atau penyakit berjangkit yang dialami oleh kanak-kanak dalam percubaan itu;
(g)
untuk memberitahu dengan segera ibu atau bapa, penjaga atau saudara kanak-kanak dalam percubaan, dan polis,
Ketua
Pengarah,
Pengarah Negeri, Pengarah, Pelindung dan pegawai akhlak, mengenai kematian kanak-kanak dalam percubaan itu;
(h)
untuk memberitahu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak mengenai kemasukan seorang kanak-kanak dalam percubaan ke asrama akhlak;
(i)
untuk mengawasi kelakuan dan disiplin kanak-kanak dalam percubaan;
(j)
untuk menentukan kewajipan kakitangan dan mengawasi pelaksanaan kewajipan itu; dan
(k)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(c), Pengetua hendaklah memastikan bahawa garis panduan keselamatan yang berhubungan dengan pencegahan kebakaran, bencana alam atau hal keadaan kecemasan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dipatuhi.
P.U. (A) 289 8
(3)
Bagi maksud perenggan (1)(i), jika mana-mana kanak-kanak dalam percubaan meninggalkan asrama akhlak tanpa kelulusan bertulis Pengetua terlebih dahulu, lepas lari dari asrama akhlak atau dipindahkan dari asrama akhlak tanpa kebenaran yang sah, Pengetua hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas mengetahui hakikat itu, melaporkan perkara itu kepada—
(a)
polis;
(b)
Ketua Pengarah;
(c)
Pelindung bagi kawasan di mana kanak-kanak dalam percubaan itu tinggal atau pegawai akhlak;
(d)
ibu atau bapa, penjaga atau saudara kanak-kanak dalam percubaan itu;
dan
(e)
pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 7A(3) Akta.
(4)
Dalam menjalankan kewajipan yang disebut dalam subperaturan (1),
Pengetua hendaklah menyediakan suatu laporan bulanan bagi asrama akhlak yang hendaklah termasuk perkara yang berikut:
(a)
kemasukan dan pelepasan kanak-kanak dalam percubaan;
(b)
cuti yang diberikan kepada kanak-kanak dalam percubaan;
(c)
kanak-kanak dalam percubaan yang telah meninggalkan asrama akhlak tanpa kelulusan terlebih dahulu, telah lepas lari dari asrama akhlak atau telah dipindahkan dari asrama akhlak tanpa kebenaran yang sah;
(d)
aktiviti keagamaan dan bukan keagamaan;
P.U. (A) 289 9
(e)
keadaan kesihatan kanak-kanak dalam percubaan;
(f)
kematian kanak-kanak dalam percubaan, jika ada;
(g)
kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dalam percubaan;
(h)
derma atau hadiah yang diterima oleh asrama akhlak;
(i)
kelemahan yang berhubungan dengan pentadbiran asrama akhlak;
(j)
perkembangan kanak-kanak dalam percubaan; dan
(k)
aktiviti, latihan atau program yang dijalankan oleh asrama akhlak untuk kanak-kanak dalam percubaan.
(5)
Laporan bulanan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah—
(a)
dibentangkan oleh Pengetua kepada Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak dalam mesyuaratnya; dan
(b)
dikemukakan oleh Pengetua kepada Ketua Pengarah, Pengarah Negeri dan Pengarah tidak lewat daripada hari kesepuluh bulan berikutnya.
Ketidakhadiran Pengetua