Skip to content

Seksyen 7

Jagaan barang peribadi kanak-kanak dalam percubaan

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Asrama Akhlak) 2017

P.U. (A)In forceProvision 7 of 33
Seksyen 7

(1)

Apabila seseorang kanak-kanak dalam percubaan dimasukkan ke asrama akhlak, apa-apa barang peribadi kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah diletakkan dalam jagaan Pengetua.

(2)

Suatu inventori bagi barang peribadi kanak-kanak dalam percubaan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah—

(a)

disediakan oleh seorang kakitangan; dan

(b)

ditentusahkan oleh kanak-kanak dalam percubaan itu dan Pengetua, dan disaksikan oleh seorang kakitangan.

Kewajipan kanak-kanak dalam percubaan