Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (ASRAMA AKHLAK) 2017

Seksyen 9

(1)

Seseorang kanak-kanak dalam percubaan hendaklah menjalani suatu pemeriksaan kesihatan atau pergigian oleh pegawai perubatan atau pegawai pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

apabila kanak-kanak dalam percubaan itu dimasukkan ke asrama akhlak;

(b)

dari semasa ke semasa selepas kemasukan ke asrama akhlak; dan

(c)

sebelum kanak-kanak dalam percubaan itu dilepaskan dari asrama akhlak.

(2)

Jika pegawai perubatan atau pegawai pergigian berpendapat bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan atau pergigian lanjutan di hospital, Pengetua hendaklah membuat perkiraan bagi kanak-kanak dalam percubaan itu untuk mendapat pemeriksaan atau rawatan lanjut di hospital.

(3)

Jika kanak-kanak dalam percubaan dimasukkan ke hospital, kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah disifatkan sebagai berada di bawah jagaan Pengetua semasa tempoh kemasukan ke hospital itu.

Pendidikan, kemahiran, dsb.

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (ASRAMA AKHLAK) 2017