Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Mana-mana Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah—
(a)
memberitahu apa-apa kejadian penganiayaan dan pengabaian seorang kanak-kanak kepada mana-mana Pelindung atau Pegawai Kebajikan
Masyarakat;
(b)
jika terdapat ibu atau bapa peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan, memberitahu mana-mana Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat tentang hakikat itu;
(c)
membantu mana-mana Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan apa-apa latihan dan pekerjaan bagi ibu atau bapa kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan;
P.U. (A) 158 4
(d)
membantu mana-mana Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat menjalankan fungsinya untuk menyelia mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan;
(e)
menganjurkan program pendidikan awam yang berhubungan dengan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan termasuklah ceramah, forum dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan;
(f)
mengadakan perkhidmatan sokongan, dan menganjurkan program pencegahan dan pemulihan, bagi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan;
(g)
bertanggungjawab bagi pengurusan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak;
(h)
mengemukakan laporan aktivitinya kepada Majlis sebulan sekali; dan
(i)
menjalankan tiap-tiap arahan yang dikeluarkan oleh Majlis.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), “Pusat Aktiviti Kanak-Kanak” ertinya suatu pusat yang ditubuhkan oleh Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak untuk membantu
Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak itu mengadakan perkhidmatan sokongan, dan menganjurkan program pencegahan dan pemulihan, bagi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan.
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan anggota Pasukan Pelindungan
Kanak-Kanak