Skip to content

Seksyen 3

Kanak-Kanak

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak) 2017

P.U. (A)In forceProvision 3 of 8
Seksyen 3

(1)

Pelantikan seseorang sebagai anggota mana-mana Pasukan Pelindungan

Kanak-Kanak oleh Menteri di bawah perenggan 7(2)(a) Akta hendaklah selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan orang yang dilantik sedemikian layak untuk dilantik semula.

(2)

Pelantikan anggota Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak yang disebut dalam subperaturan (1) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

P.U. (A) 158 5

(3)

Mana-mana anggota Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak yang disebut dalam subperaturan (1) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan daripada

Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(4)

Suatu

Pasukan

Pelindungan

Kanak-Kanak hendaklah melantik

Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari daripada kalangan anggotanya.