Skip to content

Seksyen 4

Mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak) 2017

P.U. (A)In forceProvision 4 of 8
Seksyen 4

(1)

Mana-mana Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Tiap-tiap mesyuarat

Pasukan

Pelindungan

Kanak-Kanak hendaklah dipengerusikan—

(a)

oleh Pengerusi;

(b)

jika Pengerusi tidak hadir, oleh Timbalan Pengerusi; atau

(c)

jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, oleh seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir daripada kalangan mereka.

(3)

Lima orang anggota Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah membentuk suatu kuorum pada apa-apa mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak itu.

(4)

Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh

Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak terdapat undi yang sama banyak, pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

P.U. (A) 158 6

(5)

Bagi maksud peraturan ini, “Pengerusi” ertinya pengerusi yang dilantik oleh

Menteri di bawah subseksyen 7(2A) Akta.

Kewajipan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak