Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Mana-mana Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah—
(a)
menggalakkan penyertaan masyarakat dalam perkara yang berhubungan dengan kebajikan kanak-kanak;
(b)
membantu melaksanakan program pemulihan bagi kanak-kanak di mana-mana asrama akhlak;
(c)
membantu pegawai akhlak untuk mendapatkan penjaga atau ibu atau bapa peliharaan bagi mana-mana kanak-kanak di bawah pengawasan;
(d)
membantu pegawai akhlak untuk mendapatkan apa-apa pekerjaan atau latihan bagi kanak-kanak di bawah pengawasan;
(e)
membantu pegawai akhlak untuk mengawasi kanak-kanak dalam percubaan dan dalam pelaksanaan kewajipan pegawai akhlak itu yang berkaitan dengan jagaan susul kanak-kanak yang dilepaskan dari asrama akhlak, sekolah yang diluluskan dan Sekolah Henry Gurney; dan
(f)
melawat kanak-kanak di tempat tahanan di dalam daerah atau kawasan yang baginya Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak itu ditubuhkan dan memastikan bahawa kanak-kanak itu diberi pemeliharaan dan pelindungan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Tempat Tahanan 1950 [L.N. 210/1950].
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan anggota Pasukan Kebajikan
Kanak-Kanak