Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Pelantikan seseorang sebagai anggota mana-mana Pasukan Kebajikan
Kanak-Kanak oleh Menteri di bawah perenggan 7A(2)(a) Akta hendaklah selama
P.U. (A) 158 7
tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan orang yang dilantik sedemikian layak untuk dilantik semula.
(2)
Pelantikan anggota Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak yang disebut dalam subperaturan (1) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
(3)
Mana-mana anggota Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak yang disebut dalam subperaturan (1) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan daripada
Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(4)
Suatu
Pasukan
Kebajikan
Kanak-Kanak hendaklah melantik
Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari daripada kalangan anggotanya.
Mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak