Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (PASUKAN PELINDUNGAN KANAK-KANAK DAN PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK) 2017

Seksyen 7

(1)

Mana-mana Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah bermesyuarat, setakat yang boleh dilaksanakan, sebulan sekali tetapi Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak itu tidak boleh bermesyuarat kurang daripada sekali dalam tiap-tiap tiga bulan.

(2)

Mesyuarat hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat

Pasukan

Kebajikan

Kanak-Kanak hendaklah dipengerusikan—

(a)

oleh Pengerusi;

(b)

jika Pengerusi tidak hadir, oleh Timbalan Pengerusi; atau

(c)

jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, oleh seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir daripada kalangan mereka.

P.U. (A) 158 8

(4)

Lima orang anggota Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah membentuk suatu kuorum pada apa-apa mesyuarat Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak itu.

(5)

Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Pasukan Kebajikan

Kanak-Kanak terdapat undi yang sama banyak, pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(6)

Bagi maksud peraturan ini, “Pengerusi” ertinya pengerusi yang dilantik oleh

Menteri di bawah subseksyen 7A(3) Akta.

Pembatalan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (PASUKAN PELINDUNGAN KANAK-KANAK DAN PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK) 2017