Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (PEMBANTU PELINDUNG) 2017
Seksyen 5
Latihan bagi Pembantu Pelindung
(1)
Bagi maksud melaksanakan kewajipan yang disebut dalam peraturan 3,
Pembantu Pelindung hendaklah menjalani latihan sebagaimana yang diarahkan oleh
Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
(2)
Bagi maksud menjalani latihan di bawah subperaturan (1), majikan
Pembantu Pelindung itu yang disebut dalam peraturan 2 hendaklah memberikan cuti kepada Pembantu Pelindung itu untuk membolehkannya menjalani latihan itu.
(3)
Latihan yang disebut dalam subperaturan
(1)
hendaklah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh pelantikan sebagai Pembantu Pelindung dan tidak boleh melebihi lima hari berturut-turut pada satu-satu masa.
Larangan terhadap pembuangan kerja Pembantu Pelindung atas alasan melaksanakan kewajipan atau menjalani latihan 6.
(1)
Majikan Pembantu Pelindung yang disebut dalam peraturan 2 tidak boleh membuang kerja Pembantu Pelindung itu semata-mata atas alasan Pembantu Pelindung itu tidak hadir bekerja kerana melaksanakan kewajipannya sebagai Pembantu
Pelindung di bawah peraturan 3 atau menjalani latihannya di bawah peraturan 5.
(2)
Mana-mana majikan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit.
Dibuat 24 Mei 2017
[KPWKM/PUU.(S).600-1/1/7(15); PN(PU2)612/XV]
DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
P.U. (A) 154 4
CHILD ACT 2001
CHILD (ASSISTANT PROTECTOR) REGULATIONS 2017