Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (PEMELIHARAAN BERASASKAN KELUARGA) 2017
Seksyen 3
Pemilihan dan kelayakan
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), Ketua Pengarah boleh memilih mana-mana orang yang layak atau sesuai untuk menjadi penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud subseksyen 30(1), 35(4), 37(6), 40(1) dan 46(5) Akta.
(2)
Seseorang adalah layak atau sesuai menjadi penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga jika—
P.U. (A) 287 4
(a)
dia seorang warganegara atau penduduk tetap Malaysia;
(b)
dia berupaya mengadakan pemeliharaan yang mencukupi untuk kanak-kanak yang diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya;
(c)
dia tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah atau shariah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada tiga tahun; dan
(d)
dia telah hadir apa-apa sesi kaunseling atau kursus sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Walau apa pun perenggan (2)(a), jika kanak-kanak yang hendak diletakkan dalam pemeliharaan berasaskan keluarga ialah bukan warganegara Malaysia,
Ketua Pengarah boleh memilih mana-mana bukan warganegara sebagai penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga untuk kanak-kanak itu.
Kewajipan penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga