Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (PEMELIHARAAN BERASASKAN KELUARGA) 2017
Seksyen 4
(1)
Penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga hendaklah mempunyai kewajipan yang berikut:
(a)
untuk memastikan bahawa pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak berasaskan kasih sayang dan kemesraan, dan nilai moral dan rohani yang baik;
(b)
untuk memastikan bahawa perkembangan, kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak diuruskan dengan cara yang sepatutnya mengikut keperluan kanak-kanak itu;
P.U. (A) 287 5
(c)
untuk menyediakan premis yang selamat, bersih dan selesa bagi kanak-kanak dan tinggal di dalam premis yang sama dengan kanak-kanak itu;
(d)
untuk melindungi kepentingan kanak-kanak;
(e)
untuk menyediakan makanan yang sihat dan pakaian yang mencukupi bagi kanak-kanak mengikut keperluan kanak-kanak itu;
(f)
untuk menyediakan pendidikan yang sepatutnya bagi kanak-kanak termasuklah pendidikan moral dan rohani;
(g)
untuk memastikan bahawa kanak-kanak menghadiri apa-apa sesi bimbingan dan kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor, jika perlu;
(h)
untuk memastikan keselamatan kanak-kanak;
(i)
untuk memastikan bahawa kanak-kanak menerima rawatan perubatan atau pergigian, jika perlu;
(j)
untuk memastikan bahawa semua barang peribadi dan rekod kanak-kanak disimpan dan ditempatkan dalam simpanan selamat;
(k)
untuk melaporkan dalam tempoh dua puluh empat jam apa-apa kecederaan yang serius atau penyakit yang serius yang dialami oleh kanak-kanak kepada Pelindung atau pegawai akhlak;
(l)
untuk melaporkan dalam tempoh dua puluh empat jam apa-apa keganasan yang dilakukan terhadap kanak-kanak atau kematian kanak-kanak kepada polis, dan Pelindung atau pegawai akhlak;
P.U. (A) 287 6
(m)
untuk melaporkan dalam tempoh dua puluh empat jam mana-mana kanak-kanak yang lepas lari daripada pemeliharaan, jagaan dan kawalannya kepada polis, dan Pelindung atau pegawai akhlak; dan
(n)
jika penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga bukan merupakan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, untuk membenarkan kanak-kanak itu untuk berhubung dengan ibu atau bapa atau penjaganya.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(j), “rekod kanak-kanak” termasuklah—
(a)
perakuan kelahiran, kad pengenalan atau pasport kanak-kanak;
(b)
apa-apa rekod kewangan kanak-kanak;
(c)
apa-apa rekod pendidikan kanak-kanak;
(d)
perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau waran di bawah tandatangan Pelindung di bawah Akta;
(e)
apa-apa rekod rawatan perubatan atau pergigian kanak-kanak; dan
(f)
apa-apa rekod mengenai perihalan barang peribadi atau harta kanak-kanak.
Kewajipan ibu atau bapa atau penjaga