Skip to content

Seksyen 5

Kewajipan ibu atau bapa atau penjaga

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pemeliharaan Berasaskan Keluarga) 2017

P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5

(1)

Jika seseorang kanak-kanak ditempatkan dalam pemeliharaan dan pelindungan penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga yang bukan ibu atau bapa atau penjaganya, ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Pelindung, hendaklah—

P.U. (A) 287 7

(a)

berhubung dengan penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga berkenaan dengan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak itu;

dan

(b)

menghadiri apa-apa perbincangan atau perjumpaan sebagaimana yang diaturkan oleh

Pelindung, pegawai akhlak atau mana-mana

Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak berkenaan dengan kebajikan, kesihatan, pendidikan moral dan rohani, dan perkembangan kanak-kanak itu.

(2)

Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang tidak mematuhi perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.