Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (PEMELIHARAAN BERASASKAN KELUARGA) 2017
Seksyen 6
(1)
Pelindung atau pegawai akhlak hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu rekod yang mengandungi semua butir yang berhubungan dengan penempatan kanak-kanak dalam pemeliharaan dan pelindungan penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga.
(2)
Butir-butir yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah termasuk nama dan alamat penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga, dan apa-apa bantuan yang diberikan oleh mana-mana orang kepada penyedia pemeliharaan berasaskan keluarga, jika ada.
(3)
Rekod yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disimpan dan disenggarakan oleh
Pelindung atau pegawai akhlak di
Pejabat
Kebajikan
Masyarakat Daerah yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu.
P.U. (A) 287 8
Dibuat 21 September 2017
[KPWKM.PUU.(R).600-1/1/1; PN(PU2)612/XVII]
DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
P.U. (A) 287 9
CHILD ACT 2001
_________________________________________