Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017
Seksyen 14
(a)
untuk menguruskan sekolah diluluskan;
(b)
untuk menggalakkan perkembangan, kebajikan dan kesihatan penghuni;
(c)
untuk memastikan bahawa persekitaran sekolah diluluskan adalah selamat, bersih dan sesuai bagi penghuni;
(d)
untuk mengadakan program pemulihan untuk penghuni termasuklah pendidikan, kemahiran hidup dan latihan vokasional;
(e)
untuk mengawasi kelakuan dan disiplin penghuni;
(f)
untuk menentukan kewajipan kakitangan dan mengawasi pelaksanaan kewajipan itu; dan
(g)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(c), Pengetua hendaklah memastikan bahawa garis panduan keselamatan yang berhubungan dengan pencegahan kebakaran, bencana alam atau hal keadaan kecemasan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dipatuhi.
(3)
Bagi maksud perenggan (1)(e), jika mana-mana penghuni meninggalkan sekolah diluluskan tanpa kelulusan bertulis Pengetua terlebih dahulu atau lepas lari dari sekolah diluluskan, Pengetua hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas mengetahui hakikat itu, melaporkan perkara itu kepada—
14
(a)
Ketua Pengarah;
(b)
Pelindung bagi kawasan di mana penghuni itu tinggal atau pegawai akhlak; dan
(c)
ibu atau bapa, penjaga atau saudara penghuni itu.
(4)
Dalam menjalankan kewajipan yang disebut dalam subperaturan (1),
Pengetua hendaklah menyediakan suatu laporan bulanan bagi sekolah diluluskan yang hendaklah termasuk perkara yang berikut:
(a)
kemasukan dan pelepasan penghuni;
(b)
cuti yang diberikan kepada penghuni;
(c)
penghuni yang telah meninggalkan sekolah diluluskan tanpa kelulusan terlebih dahulu atau telah lepas lari dari sekolah diluluskan;
(d)
aktiviti keagamaan dan bukan keagamaan;
(e)
keadaan kesihatan penghuni;
(f)
kematian penghuni, jika ada;
(g)
derma atau hadiah yang diterima oleh sekolah diluluskan;
(h)
kelemahan yang berhubungan dengan pentadbiran sekolah diluluskan;
dan
(i)
aktiviti atau program yang dianjurkan oleh Lembaga Pelawat.
15
(5)
Laporan bulanan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah—
(a)
dibentangkan oleh Pengetua kepada Lembaga Pelawat dalam mesyuaratnya; dan
(b)
dikemukakan oleh Pengetua kepada Ketua Pengarah, Pengarah Negeri dan Pengarah tidak lewat daripada hari kesepuluh bulan berikutnya.
Ketidakhadiran Pengetua