Seksyen 16
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Sekolah Diluluskan) 2017
P.U. (A)In forceProvision 16 of 44
Seksyen 16
(1)
Apabila seseorang penghuni dimasukkan ke sekolah diluluskan, suatu pemeriksaan badan hendaklah dijalankan ke atas penghuni oleh sekurang-kurangnya dua orang kakitangan yang sama jantina dengan penghuni itu.
(2)
Jika apa-apa bahan larangan dijumpai dalam pemeriksaan yang dijalankan di bawah subperaturan (1), bahan larangan itu hendaklah dirampas oleh Pengetua dan dia hendaklah menyebabkan rampasan itu direkodkan dalam fail peribadi penghuni itu.