Seksyen 19
Kesihatan penghuni
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Sekolah Diluluskan) 2017
(1)
Seseorang penghuni hendaklah menjalani suatu pemeriksaan kesihatan atau pergigian oleh pegawai perubatan atau pegawai pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari semasa ke semasa.
(2)
Jika pegawai perubatan atau pegawai pergigian berpendapat bahawa penghuni itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan atau pergigian lanjutan di hospital, Pengetua hendaklah membuat perkiraan bagi penghuni itu untuk mendapat pemeriksaan atau rawatan lanjut di hospital.
(3)
Jika penghuni dimasukkan ke hospital, penghuni itu hendaklah disifatkan sebagai berada di bawah jagaan Pengetua semasa tempoh kemasukan ke hospital itu.
17
Pendidikan, kemahiran, dsb.