Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Sekolah Diluluskan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 2 of 44
Seksyen 2

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Penasihat Disiplin dan Intervensi yang ditubuhkan di bawah peraturan 34;

“kakitangan” ertinya mana-mana kakitangan suatu sekolah diluluskan;

“pegawai pergigian” ertinya pengamal pergigian berdaftar yang dalam perkhidmatan Kerajaan;

“Pengarah”

ertinya

Pengarah

Bahagian

Kanak-Kanak

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah peraturan 5;

6

“Pengetua” ertinya Pengetua suatu sekolah diluluskan;

“penghuni” ertinya mana-mana kanak-kanak yang ditahan di suatu sekolah diluluskan.