Malaysia legislation
Section 31
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017
Seksyen 31
(1)
Pengetua hendaklah menyediakan untuk tiap-tiap penghuni―
(a)
suatu katil termasuk tilam, bantal, cadar, sarung bantal dan selimut;
(b)
kemudahan bilik air yang sesuai; dan
(c)
pakaian.
(2)
Katil, kemudahan bilik air dan pakaian yang disediakan di bawah subperaturan (1) hendaklah mencukupi dan sesuai dengan keperluan penghuni.
(3)
Sebagai tambahan kepada katil, kemudahan bilik air dan pakaian yang disebut dalam subperaturan (1), Pengetua boleh menyediakan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Makanan dan diet