Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017

Seksyen 32

(1)

Pengetua hendaklah menyediakan untuk tiap-tiap penghuni makanan yang mencukupi berdasarkan suatu skala diet yang disyorkan oleh pakar diet atau pegawai perubatan, dan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Skala diet hendaklah termasuk suatu menu yang sesuai dengan umur dan kesihatan setiap penghuni.

(3)

Pengetua hendaklah memastikan—

23

(a)

mana-mana penghuni yang telah disyorkan makanan diet khas oleh pakar diet atau pegawai perubatan dibekalkan dengan makanan yang disyorkan itu;

(b)

perkiraan yang sepatutnya dibuat bagi menyediakan, memasak dan menghidang makanan mengikut agama, kepercayaan atau adat penghuni itu;

(c)

kebersihan makanan semasa penyediaan dan semasa dihidangkan; dan

(d)

penghuni dididik untuk beradab dan berkelakuan baik sewaktu makan.

(4)

Suatu salinan skala diet dan menu hendaklah ditampalkan di dapur, dewan makan dan pejabat sekolah diluluskan itu.

Kemudahan bagi pematuhan agama

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017