Malaysia legislation
Section 36
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017
Seksyen 36
Bahan larangan
(1)
Seseorang penghuni tidak boleh memiliki, membekalkan, mengambil, menghisap atau menggunakan—
(a)
apa-apa bentuk dadah;
(b)
apa-apa bentuk rokok;
(c)
apa-apa bentuk bahan beracun;
(d)
apa-apa alkohol atau bahan yang memabukkan;
25
(e)
apa-apa objek tajam; atau
(f)
apa-apa objek atau bahan lain yang memudaratkan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(e), penghuni boleh dibenarkan untuk menggunakan suatu objek tajam di bawah pengawasan kakitangan bagi maksud l atihan teknikal atau vokasional atau latihan kemahiran hidup.
Meninggalkan sekolah diluluskan tanpa kebenaran atau lepas lari