Malaysia legislation

Section 42

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017

Seksyen 42

Kebajikan Kanak-Kanak yang mengawasi penghuni di bawah seksyen 70 Akta hendaklah—

(1)

Pengetua hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang berikut:

(a)

suatu daftar kemasukan penghuni yang hendaklah mengandungi―

(i)

nama dan alamat rumah tiap-tiap penghuni;

(ii)

nama, alamat rumah dan nombor perhubungan ibu atau bapa, penjaga atau saudara tiap-tiap penghuni;

(iii)

butir-butir kesihatan tiap-tiap penghuni;

28

(iv)

apa-apa perintah mahkamah yang berhubungan dengan tiap-tiap penghuni;

(v)

maklumat mengenai barang peribadi tiap-tiap penghuni; dan

(vi)

apa-apa dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(b)

suatu daftar kehadiran harian tiap-tiap penghuni;

(c)

suatu rekod mengenai semua prosiding Jawatankuasa yang hendaklah termasuk butir-butir yang terperinci mengenai prosiding itu;

(d)

suatu daftar pelanggaran disiplin oleh penghuni dan hukuman yang dikenakan;

(e)

suatu fail peribadi tiap-tiap penghuni yang hendaklah mengandungi—

(i)

rekod kesihatan penghuni itu;

(ii)

sejarah kes penghuni itu;

(iii)

gambar penghuni itu; dan

(iv)

rekod sesi kaunseling penghuni itu;

(f)

suatu rekod inventori mengenai semua barang yang dibeli oleh

Lembaga Pelawat bagi kegunaan sekolah diluluskan;

(g)

suatu rekod mengenai apa-apa transaksi perniagaan yang berhubungan dengan aktiviti dan program yang menguntungkan yang dijalankan oleh sekolah diluluskan;

29

(h)

suatu rekod mengenai apa-apa wang yang diterima oleh penghuni;

(i)

suatu rekod mengenai semua latihan kebakaran dan pemindahan yang dilaksanakan di sekolah yang diluluskan;

(j)

suatu rekod mengenai apa-apa bencana alam yang berlaku di sekolah diluluskan; dan

(k)

apa-apa rekod lain sebagaimana yang dikehendaki oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Semua rekod yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dijadikan tersedia untuk pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau wakilnya.

Kecualian

Section 42 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017