Seksyen 10
Jawatankuasa
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Perlindungan) 2017
P.U. (A)In forceProvision 10 of 44
Seksyen 10
(1)
Lembaga Pelawat boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Lembaga Pelawat untuk membantu
Lembaga Pelawat melaksanakan kewajipan dan fungsinya atau menjalankan kuasanya.
(2)
Lembaga Pelawat boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperaturan (1).
(3)
Lembaga Pelawat hendaklah menentukan kewajipan dan fungsi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperaturan (1) dan tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Lembaga Pelawat.