Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT PERLINDUNGAN) 2017
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Penasihat Disiplin dan Intervensi yang ditubuhkan di bawah peraturan 34;
“kakitangan” ertinya mana-mana kakitangan suatu tempat perlindungan;
“pegawai pergigian” ertinya pengamal pergigian berdaftar yang dalam perkhidmatan Kerajaan;
“Pengarah”
ertinya
Pengarah
Bahagian
Kanak-Kanak
Jabatan
Kebajikan
Masyarakat;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah peraturan 5;
6
“Pengetua” ertinya Pengetua suatu tempat perlindungan;
“penghuni” ertinya mana-mana kanak-kanak yang diletakkan di suatu tempat perlindungan.