Seksyen 43
Kecualian
of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Perlindungan) 2017
(1)
Anggota Lembaga Pelawat yang sedia ada yang dilantik oleh Menteri di bawah peraturan 3, dan anggota jawatankuasa yang sedia ada yang dilantik oleh
Lembaga Pelawat di bawah peraturan 6, Kaedah-Kaedah Perlindungan Wanita dan
Gadis (Tempat Perlindungan) 1982 [P.U. (A) 391/1982], yang disebut “Kaedah-Kaedah yang dibatalkan” di bawah peraturan ini, hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus memegang jawatan sehingga pelantikan itu dibatalkan atau dikosongkan, atau sehingga habis tempoh pelantikan mereka.
(2)
Mana-mana tindakan disiplin yang diambil di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan yang masih belum selesai sebelum permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah
Kaedah-Kaedah yang dibatalkan seolah-olah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan itu tidak dibatalkan.
Pembatalan