Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Jawatan seseorang anggota Lembaga Pelawat atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 10 hendaklah menjadi kosong jika—
(a)
dia meninggal dunia;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
mana-mana kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
(c)
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(d)
dia menjadi bankrap;
(e)
berkenaan dengan anggota Lembaga Pelawat, dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pelawat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 10, dia tidak menghadiri mesyuarat
P.U. (A) 291 12
jawatankuasa itu tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi jawatankuasa itu;
(f)
berkenaan dengan anggota
Lembaga
Pelawat, pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 10, pelantikannya dibatalkan oleh
Lembaga Pelawat; atau
(g)
dia meletakkan jawatan.