Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Pengetua hendaklah menyediakan untuk tiap-tiap penghuni―
(2)
Skala diet hendaklah termasuk suatu menu yang sesuai dengan umur dan kesihatan setiap penghuni.
(3)
Pengetua hendaklah memastikan—
(a)
mana-mana penghuni yang telah disyorkan makanan diet khas oleh pakar diet atau pegawai perubatan dibekalkan dengan makanan yang disyorkan itu;
(b)
perkiraan yang sepatutnya dibuat bagi menyediakan, memasak dan menghidang makanan mengikut agama, kepercayaan atau adat penghuni itu;
(c)
kebersihan makanan semasa penyediaan dan semasa dihidangkan; dan
(d)
penghuni dididik untuk beradab dan berkelakuan baik sewaktu makan.
(4)
Suatu salinan skala diet dan menu hendaklah ditampalkan di dapur, dewan makan dan pejabat tempat selamat itu.
P.U. (A) 291 24
Kemudahan bagi pematuhan agama