Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT SELAMAT) 2017

Seksyen 4

(1)

Lembaga Pelawat hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan kewajipan dan fungsinya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (1), kuasa Lembaga Pelawat hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

untuk menjalankan pemeriksaan di tempat selamat untuk memastikan bahawa kesihatan, kebajikan dan perkembangan penghuni dijaga;

(b)

untuk membuat apa-apa perundingan, perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pelawat dalam melaksanakan kewajipan dan fungsinya; dan

(c)

untuk mendapatkan nasihat daripada mana-mana institusi, organisasi, syarikat atau individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sepatutnya bagi maksud menganjurkan apa-apa aktiviti, latihan atau program di tempat selamat.

Keanggotaan Lembaga Pelawat

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT SELAMAT) 2017