Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Rekod
(a)
suatu daftar kemasukan penghuni yang hendaklah mengandungi―
(i)
nama dan alamat rumah tiap-tiap penghuni, jika ada;
(ii)
nama, alamat rumah dan nombor perhubungan ibu atau bapa, penjaga atau saudara tiap-tiap penghuni, jika ada;
(iii)
butir-butir kesihatan tiap-tiap penghuni;
(iv)
apa-apa perintah mahkamah yang berhubungan dengan tiap-tiap penghuni;
(v)
maklumat mengenai barang peribadi tiap-tiap penghuni; dan
(vi)
apa-apa dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(b)
suatu daftar kehadiran harian tiap-tiap penghuni;
(c)
suatu rekod mengenai semua prosiding Jawatankuasa yang hendaklah termasuk butir-butir yang terperinci mengenai prosiding itu;
P.U. (A) 291 28
(d)
suatu daftar pelanggaran disiplin oleh penghuni dan hukuman yang dikenakan;
(e)
suatu fail peribadi tiap-tiap penghuni yang hendaklah mengandungi—
(i)
rekod kesihatan penghuni itu;
(ii)
sejarah kes penghuni itu;
(iii)
gambar penghuni itu; dan
(iv)
rekod sesi kaunseling penghuni itu, jika ada;
(f)
suatu rekod inventori mengenai semua barang yang dibeli oleh
Lembaga Pelawat bagi kegunaan tempat selamat;
(g)
suatu rekod mengenai apa-apa transaksi perniagaan yang berhubungan dengan aktiviti dan program yang menguntungkan yang dijalankan oleh tempat selamat;
(h)
suatu rekod mengenai apa-apa wang yang diterima oleh penghuni;
(i)
suatu rekod mengenai semua latihan kebakaran dan pemindahan yang dilaksanakan di tempat selamat;
(j)
suatu rekod mengenai apa-apa bencana alam yang berlaku di tempat selamat; dan
(k)
apa-apa rekod lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
P.U. (A) 291 29
(2)
Semua rekod yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dijadikan tersedia untuk pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau wakilnya.
Kecualian