Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(1)
Anggota Lembaga Pelawat yang sedia ada yang dilantik oleh Menteri di bawah peraturan 3, dan anggota jawatankuasa yang sedia ada yang dilantik oleh
Lembaga Pelawat di bawah peraturan 8, Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak
(Tempat Selamat) 2007 [P.U. (A) 368/2007], yang disebut “Peraturan-Peraturan yang dibatalkan” di bawah peraturan ini, hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus memegang jawatan sehingga pelantikan itu dibatalkan atau dikosongkan, atau sehingga habis tempoh pelantikan mereka.
(2)
Mana-mana tindakan disiplin yang diambil di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan yang masih belum selesai sebelum permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah
Peraturan-Peraturan yang dibatalkan seolah-olah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan itu tidak dibatalkan.
Pembatalan