Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Lembaga Pelawat hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tujuh orang anggota dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota.
P.U. (A) 291 8
(2)
Anggota Lembaga Pelawat hendaklah sekurang-kurangnya tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki.
(3)
Menteri hendaklah melantik seorang Pengerusi Lembaga Pelawat dalam kalangan anggota Lembaga Pelawat.
(4)
Bagi maksud keanggotaan Lembaga Pelawat, orang yang berikut tidak boleh menjadi anggota Lembaga Pelawat:
(a)
mana-mana kakitangan dan suami atau isterinya; dan
(b)
mana-mana kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan suami atau isterinya.
Tempoh jawatan