Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT SELAMAT) 2017

Seksyen 9

(1)

Lembaga Pelawat hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada enam kali setahun pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Semua mesyuarat Lembaga Pelawat hendaklah dipengerusikan oleh

Pengerusi atau, semasa ketiadaan Pengerusi, mana-mana anggota Lembaga Pelawat.

(3)

Lembaga

Pelawat boleh mengundang mana-mana pegawai

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana orang yang mempunyai kepakaran yang berkaitan untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, dan pegawai atau orang itu boleh mengambil bahagian dalam perbincangan semasa mesyuarat itu tetapi tidak berhak untuk mengundi.

(4)

Kuorum bagi mesyuarat Lembaga Pelawat ialah majoriti mudah daripada jumlah bilangan anggotanya.

(5)

Keputusan Lembaga Pelawat hendaklah diterima pakai melalui undi majoriti mudah anggota yang hadir dan mengundi, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau mana-mana anggota yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus.

P.U. (A) 291 10

(6)

Lembaga Pelawat hendaklah menyebabkan supaya—

(a)

minit mesyuaratnya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit mesyuaratnya dikemukakan kepada Ketua Pengarah,

Pengarah Negeri dan Pengarah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Jawatankuasa

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT SELAMAT) 2017