Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KASTAM (FI LESEN IMPORT KENDERAAN BERMOTOR) 2016
Seksyen 2
(1)
Mana-mana syarikat
AP terbuka yang diluluskan oleh pegawai
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diberi kuasa dan yang kepadanya suatu lesen import kenderaan bermotor telah dikeluarkan menurut perenggan 3 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 [P.U. (A) 490/2012]
dan yang tertakluk kepada Garis Panduan Pentadbiran mengenai Lesen Import yang dikeluarkan oleh pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diberi kuasa, hendaklah dikenakan fi lesen import sebanyak—
(a)
bagi 35,000 lesen import yang pertama diluluskan, sepuluh ribu ringgit bagi setiap unit kenderaan bermotor yang diimport oleh syarikat AP terbuka itu; dan
(b)
bagi lesen import yang seterusnya diluluskan, dua puluh ribu ringgit bagi setiap unit kenderaan bermotor yang diimport oleh syarikat AP terbuka itu.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, kenderaan bermotor tidak termasuk motosikal.
P.U. (A) 370 3
Bayaran ansuran