Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KASTAM (FI LESEN IMPORT KENDERAAN BERMOTOR) 2016
Seksyen 3
(1)
Ketua Pengarah boleh membenarkan fi lesen import yang dikenakan di bawah subperaturan 2(1) dibayar secara ansuran.
(2)
Bayaran ansuran bagi fi lesen import yang dikenakan hendaklah dibuat mengikut cara yang berikut:
(a)
syarikat AP terbuka hendaklah membayar sebanyak lima ribu ringgit yang pertama bagi setiap lesen import yang dikeluarkan bagi setiap unit kenderaan bermotor; dan
(b)
baki fi lesen import yang dikenakan bagi setiap lesen import yang dikeluarkan bagi setiap unit kenderaan bermotor hendaklah dibayar—
(i)
sekiranya kenderaan bermotor yang diimport itu dijual dalam tahun semasa, sebelum pendaftaran kenderaan bermotor itu di Jabatan Pengangkutan Jalan; atau
(ii)
sekiranya kenderaan bermotor yang diimport tidak dijual dalam tahun semasa, sebelum tempoh sah lesen import bagi tahun semasa yang diperuntukkan kepada syarikat AP terbuka itu tamat.
(3)
Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran di bawah perenggan (2)(b)
pada tarikh bayaran itu genap masa dan kena dibayar, keseluruhan baki fi lesen import yang tertunggak bagi setiap lesen import yang dikeluarkan hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan, syarikat AP terbuka itu atau orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang kena dibayar itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu lima ratus ringgit dan tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap lesen import yang dikeluarkan.
P.U. (A) 370 4
Pungutan fi