Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KASTAM (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020
Seksyen 5
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu secara tunai atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
4