Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan
Kastam 2019
[P.U.
(A)
397/2019], yang disebut
“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 6
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(3) Walau apa pun subperaturan (1), jika suatu barang yang dalam pindah kapal melalui laut ialah rokok, pelabuhan kastam bagi barang itu hendaklah—
(a)
di semua dermaga dan Jeti Lembaga Pelabuhan Klang di tebing barat
Pulau Indah di antara Sungai Chandong Besar di utara sebelah barat sempadan pelabuhan di garis lintang 02°55’48”
U garis bujur 101°20’24.5” T dan Sungai Lurus di selatan sebelah barat sempadan pelabuhan di garis lintang 02°54’05”
U garis bujur 101°17’10” T, Pelabuhan Klang;
(b)
di semua dermaga dan jeti Lembaga Pelabuhan Klang tebing timur
Selat Kelang antara Sungai Tiga dengan Sungai Puloh, Pelabuhan Klang;
(c)
di bahagian kiri tebing sepanjang
Sungai
Pulai di garis lintang 01°22’27.885” U, garis bujur 103°32’37.0024” T hingga
3
garis lintang 01°21’20.4208” U garis bujur 103°32’56.7317” T,
Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru;
(d)
di dermaga Lembaga Pelabuhan Kuching di Kampung Senari dengan panjang 635 meter dan lebar 45 meter yang terletak di garis lintang 01°37.01’0”
U garis bujur 110°26.89’0”
T,
Pelabuhan Senari, Kuching;
(e)
di semua dermaga dan jeti Lembaga Pelabuhan Sabah, Sandakan.”.
Pindaan peraturan 9