Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 3
(a)
dalam Bahagian I, di bawah kepala “PELABUHAN KASTAM DAN TEMPAT
PENDARATAN YANG SAH” dan subkepala “NEGERI-NEGERI TANAH
MELAYU” dengan memotong Pelabuhan Kastam “Bukit Bunga, Kelantan”
dan semua butir-butir yang berhubungan dengannya;
(b)
dalam Bahagian II, di bawah kepala “TEMPAT-TEMPAT IMPORT DAN
EKSPORT MENGIKUT JALAN ATAU KERETAPI” dan subkepala “NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU” dengan memasukkan selepas “Rantau Panjang”
dan butir-butir yang berhubungan dengannya butir-butir yang berikut:
“ Bermula di tengah-tengah
Jambatan
Persahabatan sempadan
Malaysia-Thailand seterusnya memasuki kawasan berpagar Kompleks Imigresen, Kastam,
Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit
Bunga, Mukim Nibong, Daerah Jedok,
Jajahan Tanah Merah, Kelantan termasuk
Pejabat Kastam, semua bangunan dan binaan tambahan yang terletak di dalam
Kompleks itu sebagaimana yang ditentukan dalam Pelan No. PA 105229
Semua barang-barang”;
dan
(c)
dalam Bahagian III, di bawah kepala “JALAN-JALAN BAGI IMPORT DAN
EKSPORT” dan subkepala “NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU” dengan memasukkan selepas perenggan (10) perenggan yang berikut:
P.U. (A) 263 4
“(11) Bermula dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan
Keselamatan (ICQS) melalui Jambatan Persahabatan Malaysia –
Thailand ke Buketa, Thailand.”.
Dibuat 2 Ogos 2012
[7 SULIT KE.HT(96)667/07-16 SK.37; Perb.(c)0.217/32(Sk.II)(4); PN(PU2)338/XXIX]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 263 5
CUSTOMS ACT 1967
CUSTOMS (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2012