Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 45
bahagian yang berikut:
P.U. (A) 363 3
“BAHAGIAN XIA
PERNIAGAAN RUNCIT
Permohonan bagi kelulusan 45A.
(1)
Mana-mana orang boleh memohon secara bertulis kepada Menteri bagi kelulusan di bawah subseksyen 163Y(1) Akta untuk menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan di bawah perenggan 163z(1)(a) Akta.
(2)
Permohonan bagi kelulusan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan permohonan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri.
(3)
Apabila permohonan di bawah subperaturan (1) diterima, Menteri boleh membenarkan atau menolak permohonan bagi kelulusan itu.
(4)
Orang yang diluluskan di bawah peraturan ini hendaklah mematuhi syarat yang berikut:
(a)
orang yang diluluskan itu hendaklah menyediakan suatu sistem elektronik yang mencukupi untuk merekodkan semua transaksi termasuk apa-apa invois, resit atau laporan yang berhubungan dengan barang yang dijual secara runcit;
(b)
orang yang diluluskan itu tidak boleh menyerahhakkan atau memindah milik kelulusan yang diberikan kepada mana-mana orang lain;
(c)
Ketua Pengarah boleh memeriksa stok barang yang dijual secara runcit pada bila-bila masa;
P.U. (A) 363 4
(d)
orang yang diluluskan itu hendaklah dengan segera memberitahu
Menteri secara bertulis apa-apa perubahan kepada butir-butir permohonan bagi kelulusan yang diberikan oleh Menteri; dan
(e)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
(5)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan kelulusan yang diberikan di bawah peraturan ini melalui notis secara bertulis.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.
Dibuat 20 November 2024
[SULIT KE.HD(122)860/02Klt.8(2); MOF.TAX(S)700-2/1/16 Jld.14; PN[PU2]338/JLD.75]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 363 5
CUSTOMS ACT 1967
CUSTOMS (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2024