Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KASTAM (PINDAAN) (NO. 4) 2014

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Kastam 1977 [P.U. (A) 162/1977], yang disebut

“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 3—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan memasukkan selepas proviso (xxiii)

proviso yang berikut:

“(xxiv) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2),

Sepang, waktu-waktu itu adalah—

pada setiap masa pada mana-mana hari”;

(b)

dalam subperaturan (4), dengan memasukkan selepas proviso (xxiii)

proviso yang berikut:

“(xxiv) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2),

Sepang, waktu-waktu itu adalah—

pada setiap masa pada mana-mana hari”; dan

P.U. (A) 250 3

(c)

dalam subperaturan (6), dengan memasukkan selepas proviso (xiii)

proviso yang berikut:

“(xiv) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2),

Sepang, waktu-waktu itu adalah—

pada setiap masa pada mana-mana hari”.

Pindaan Jadual Pertama 2.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam Jadual Pertama, dalam Bahagian IV, di bawah subkepala “Negeri-Negeri Tanah Melayu” dengan memasukkan selepas perkataan “Pulau Redang (Terengganu)” dan butir-butir yang berhubungan dengannya butir-butir yang berikut:

“Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang

Semua barang-barang ”.

Dibuat 28 Ogos 2014

[SULIT KE.HT(96)667/07-16/T Klt. 8 SK. 33; Perb.(c) 0.217/32 Jld. 2 (SK. 3);

PN(PU2)338/XXXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 250 4

CUSTOMS ACT 1967

CUSTOMS (AMENDMENT) (NO. 4) REGULATIONS 2014

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KASTAM (PINDAAN) (NO. 4) 2014