Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KASTAM (PINDAAN) (NO. 5) 2016

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Kastam 1977 [P.U. (A) 162/1977] dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 15 peraturan yang berikut:

“Pengeksportan rokok atau liquor yang memabukkan yang belum dibayar duti dari Labuan, Langkawi atau Tioman 15A. (1) Tiada rokok atau liquor yang memabukkan yang belum dibayar duti boleh dieksport melalui laut dari Labuan, Langkawi atau Tioman ke suatu tempat lain di luar Malaysia melainkan jika—

(a)

pemunya rokok atau liquor yang memabukkan itu atau agennya telah mengemukakan kepada pegawai kastam yang hak di tempat eksport borang Kastam No. 2 dalam Jadual Kedua;

(b)

rokok atau liquor yang memabukkan itu dipindahkan dalam kontena ISO; dan

(c)

rokok atau liquor yang memabukkan itu dimuatkan atau diangkut melalui air untuk dikapalkan untuk diangkut di bawah penyeliaan atau arahan pegawai kastam yang hak.

3

Utama Kastam ke suatu tempat lain di luar Malaysia melainkan jika—

(b)

pemunya rokok atau liquor yang memabukkan itu atau agennya telah memberi cagaran terhadap pematuhan yang sewajarnya terhadap peruntukan-peruntukan

Akta dan semua peraturan-peraturan, perintah-perintah atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kastam yang hak;

(c)

rokok atau liquor yang memabukkan itu dipindahkan dalam kontena ISO atau oleh pengangkut berlesen; dan

(d)

rokok atau liquor yang memabukkan itu dimuatkan untuk diangkut melalui jalan di bawah penyeliaan atau arahan pegawai kastam yang hak.

Dibuat 14 November 2016

[SULIT. KE. HT(96)667/07–16/T Klt.8 SK.5; Perb.(C)0.217/32(SK.14); CR(8.20)116/

1-138(2016)(SJ.8); PN(PU2)338/XLII]

DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

4

CUSTOMS ACT 1967

CUSTOMS (AMENDMENT) (NO. 5) REGULATIONS 2016

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KASTAM (PINDAAN) (NO. 5) 2016