Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN BEKALAN (LARANGAN IMPORT) 2021
Seksyen 4
(1)
Apa-apa kelulusan pengimportan yang dikeluarkan di bawah Akta sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah kekal sah dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, sehingga dipinda, digantikan, ditamatkan atau dibatalkan.
(2)
Apa-apa permohonan import yang dibuat di bawah Akta dan yang belum selesai sebaik sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa hendaklah diuruskan di bawah Peraturan-Peraturan ini seolah-olah permohonan itu dibuat di bawah
Peraturan-Peraturan ini.
Dibuat 18 November 2021
[KPDN(PUU)(PU2)26/5/12-1; PN(PU2)188/XII]
DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
P.U. (A) 427 4
CONTROL OF SUPPLIES ACT 1961
CONTROL OF SUPPLIES (PROHIBITION ON IMPORT) REGULATIONS 2021