Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK (PINDAAN) 2014
Seksyen 7
Pindaan peraturan 18A
(a)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
(1)
Tiada seseorang pun boleh mengilang, menjual, membekal, mengimport, memiliki atau memberi apa-apa kosmetik—
(a)
melainkan jika kosmetik itu ialah kosmetik bernotifikasi;
(b)
melainkan jika dia ialah orang yang bertanggungjawab untuk meletakkan kosmetik bernotifikasi tersebut di pasaran atau orang yang diberi kuasa selaras dengan nota notifikasi yang
“Larangan untuk mengilang, menjual, membekal, mengimport, memiliki atau memberi kosmetik.
P.U. (A) 257 5
dikeluarkan oleh
Pengarah
Perkhidmatan Farmasi;
(c)
yang merupakan campuran kosmetik bernotifikasi dengan mana-mana racun mengikut pengertian
Akta
Racun 1952;
(d)
yang merupakan campuran kosmetik bernotifikasi dengan sesuatu keluaran berdaftar;
(e)
yang dilabelkan dengan apa-apa nama tambahan selain nama yang dinotifikasikan oleh
Pengarah
Perkhidmatan Farmasi;
(f)
yang labelnya tidak mematuhi arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi;
(g)
yang notifikasinya sebagai kosmetik bernotifikasi telah dibatalkan oleh
Pengarah Perkhidmatan Farmasi; atau
(h)
yang dilabelkan dengan apa-apa perkataan, simbol, huruf, angka, tanda atau ciri keselamatan yang berupa sebagai benar tetapi adalah sebaliknya.”;
P.U. (A) 257 6
(b)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Bagi maksud subperaturan (1), “kosmetik bernotifikasi” ertinya sesuatu kosmetik seperti yang dinyatakan dalam nota notifikasi yang dikeluarkan oleh
Pengarah
Perkhidmatan
Farmasi, dalam cara sebagaimana yang difikirkannya patut.”;
(c)
dalam subperaturan (3)—
(i)
dalam perenggan (b) dengan memasukkan perkataan “yang”
sebelum perkataan “mengilang”; dan
(ii)
dalam perenggan (c) dengan memasukkan perkataan “yang”
sebelum perkataan “mengimport”;
(d)
dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(3A) Tambahan kepada subperaturan (3), perenggan (1)(b) tidak terpakai bagi pengendalian, pemilikan, dan penjualan atau pembekalan apa-apa kosmetik bernotifikasi.”;
(e)
dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:
“(7A) Pengarah Perkhidmatan Farmasi boleh, pada bila-bila masa dan tanpa memberi apa-apa sebab, menolak apa-apa permohonan pengeluaran nota notifikasi.”;
(f)
dalam subperaturan (9), dengan memasukkan selepas perkataan
“kosmetik bernotifikasi dalam pasaran” perkataan “atau orang yang diberi kuasa”;
P.U. (A) 257 7
(g)
dalam subperaturan (10)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “kosmetik bernotifikasi dalam pasaran” perkataan “atau orang yang diberi kuasa”; dan
(ii)
dengan memotong perkataan “di bawah peraturan 29”;
(h)
dalam subperaturan (11), dengan memasukkan selepas perkataan
“kosmetik bernotifikasi dalam pasaran” perkataan “atau orang yang diberi kuasa”;
(i)
dalam subperaturan (12), dengan memasukkan selepas perkataan
“kosmetik bernotifikasi dalam pasaran” perkataan “atau orang yang diberi kuasa”; dan
(j)
dalam subperaturan (13), dengan memasukkan selepas perkataan
“kosmetik bernotifikasi dalam pasaran” perkataan “atau orang yang diberi kuasa”.
Pindaan peraturan 20