Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah) 2018

P.U. (A)In forceProvision 2 of 5
Seksyen 2
(1)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini—

“caj pengenalan” ertinya caj pengenalan bagi apa-apa perkhidmatan baharu yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan;

“caj promosi” ertinya caj bagi perkhidmatan yang ditunjukkan mengikut apa-apa cara sebagai kurang daripada caj yang perkhidmatan itu, atau perkhidmatan yang sama perihalan atau sama kelas, dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan sebelum itu;

“harga jualan” ertinya harga apa-apa barangan yang dijual atau ditawarkan untuk dijual atau caj apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan tidak termasuk semua cukai, duti dan caj Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri;

3

“harga jualan murah” ertinya harga barangan yang ditunjukkan mengikut apa-apa cara sebagai kurang daripada harga yang barangan itu, atau barangan yang sama perihalan atau sama kelas, dijual atau ditawarkan untuk dijual sebelum itu;

“harga pengenalan” ertinya harga pengenalan bagi apa-apa barangan baharu yang dijual atau ditawarkan untuk dijual;

“sama kelas” ertinya kefungsian am atau kelas bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan adalah sama sebagaimana yang ditentukan oleh orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual barangan itu atau yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan itu;

“sama perihalan” ertinya jenis, kuantiti atau kualiti bagi setiap unit apa-apa barangan yang dijual atau ditawarkan untuk dijual atau bagi apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan adalah sama;

“tahun kewangan atau tahun kalendar tertentu” ertinya tahun kewangan atau tahun kalendar yang dalamnya penentuan keuntungan tinggi yang tidak munasabah berdasarkan peratusan tokok atau peratusan margin bagi apa-apa barangan tertentu yang dijual atau ditawarkan untuk dijual atau apa-apa perkhidmatan tertentu yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan dibuat.

(2)

Apa-apa ungkapan atau petunjuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan apa jua cara pun yang digunakan atau diberikan dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan, yang menunjukkan atau berkemungkinan difahami sebagai menunjukkan bahawa—

(a)

harga yang barangan itu ditawarkan adalah kurang daripada harga yang barangan itu, atau barangan yang sama perihalan atau sama kelas, dijual atau ditawarkan untuk dijual sebelum itu; atau 4

(b)

caj yang perkhidmatan itu ditawarkan adalah kurang daripada caj yang perkhidmatan itu, atau perkhidmatan yang sama perihalan atau sama kelas, dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan sebelum itu, hendaklah dikira sebagai suatu petunjuk bahawa orang yang menggunakan ungkapan itu atau memberikan petunjuk itu menjual atau menawarkan untuk menjual barangan itu atau membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan itu dengan harga jualan murah atau caj promosi, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Ungkapan yang disebut dalam subperaturan (2) termasuk ungkapan

“jualan”, “diskaun”, “pengurangan”, “belian terbaik”, “harga terbaik”, “caj terbaik”,

“harga istimewa”, “caj istimewa”, “harga runtuh”, “harga lebih murah setiap hari” atau

“tawaran separuh harga”.

Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah